Monday, August 15, 2016

KEKUATAN MASJID DAN JANJI JANJI ALLAH KEPADA AHLI MASJID


ALLAH swt menghantar manusia ke dunia ini untuk di uji . Ujian mereka adalah ujian mengesakan Allah dalam hal ' rabbubiah dan illahiyah "Nya. Allah swt telah jadikan BUMI sebagai medan ujianNYA dan Allah swt telah menetapkan ketaatan kepada perintah perintahnya sebagai keperluan yang paling asas untuk kehidupan manusia di bumi ini. Manusia terdiri daripada roh dan jasad. Keperluan badan adalah dari sumber air,tanah, angin dan api, manakala keperluan roh adalah dari perintah perintah Allah swt. Justeru itu, Allah swt membantu manusia dengan menghantar rasul rasul dengan berbekalkan kitabullah sebagai wadah penyelamatNya.
Allah swt berfirman :
" Kami berfirman lagi : " Turunlah kamu semuanya dari syurga itu. Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada Ku ( melalui rasul rasul dan kitab kitab yang di turunkan kepada mereka ), maka sesiapa yang mengikuti petunjuk Ku itu, pasti tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. { surah Al-Baqarah 38 }
ALLAH yang maha suci dan maha tinggi, telah menjadikan masjid di bumi ini pula sebagai
rumah Nya. Malah Allah swt telah menjadikan tanah bumi yang mula mula sekali, sebelum tanah itu mengembang menjadi bumi, adalah tanah kaabah. Kemudian , kaabah dibina dan dijadikan rumah ibadah yang pertama sekali di bumi ini.Disini semua keperluan manusia akan terpenuhi.
RUMAH IBADAH YANG PERTAMA DI BUMI.
Allah swt berfirman :
" Sesungguhnya rumah ibadat yang mula mula dibina untuk manusia [ beribadah kepada Allah swt ] ialah Baitullah, di Makkah, yang berkat dan [ dijadikan] hidayah bagi umat manusia. " Ali IMran ayat 96.
Dalam ayat ini, Allah swt memberitahu kita bahawa rumah NYA ada lah sumber HIDAYAH dan BERKAT, untuk semua manusia. Masjid masjid yang bertaburan di muka bumi ini pula, telah di jadikan rumah rumah Nya. .Begitulah yang telah dikhabarkan oleh Rasullullah saw dalam sabdanya :
" Masjid adalah rumah Allah swt diatas dunia ini. Ianya bercahaya kepada penduduk langit, seperti bintang bintang bercahaya kepada penghuni bumi ini." [ Ibnu Abbas-Hr.Tabrani ]
Allah swt menawarkan berbagai bagai habuan yang tersangat lumayan, untuk kita umat Islam
Di antaranya seperti sabdaan Baginda saw :
" Masjid adalah rumah setiap orang orang sholeh yang takut kepada Allah swt. Bagi sesiapa yang menjadikan masjid rumahnya, Allah swt menjamin kesenangan baginya, dikurniakan baginya rahmat, dimudahkan baginya melewati shirot kepada tujuan keridhoan Nya ke syurganya." {Hr.Tabrani, Bazzar dan Majma uz Zawaid }
dan lagi, " Tempat yang paling disukai oleh Allah swt adalah masjid masjid dan tempat yang paling di benci adalah pasar pasar."
Banyakkan masa di masjid.
Anas ra. meriwayatkan bahawa ada seorang wanita yang mengumpulkan sampah dari masjid-masjid. Ketika dia meninggal , Nabi tidak diberitahu tentang penguburannya .Rasullullah saw. bersabda : Jikalau seorang diantara kamu mati, hendaklah dengan suka hati memberitahukan kepada ku. Baginda kemudian mengerjakan sholat jenazah keatasnya dan bersabda : Sesungguhnya aku melihatnya diganjari dengan syurga kerana menyingkirkan sampah sampah di masjid .{ Hr.Tabrani }.
Dari Abu Hurairah ra , Nabi S.a.w bersabda : Orang orang yang sering berulang alik ke masjid adalah ibaratkan tiang pasak masjid, Malaikat menjadi sahabat mereka, jikalau mereka tidak hadir, maka malaikat akan mencari cari mereka dan jikalau mereka sakit, malaikat akan mengunjungi mereka, jikalau mereka berada dalam kesulitan, para malaikat akan membantu mereka. Baginda Nabi yang mulia bersabda : Barang siapa duduk dalam masjid, memperolehi paling kurang satu manfaat dari tiga perkara berikut : Bertemu dengan saudara saudara ( dalam islam ) yang daripadanya dia mendapat manfaat ( dalam agamanya), atau dia mendengar perkataan hikmah, atau dia memperolehi rahmat daripada Allah, yang mana setiap orang islam menginginkannya. { Hr.Musnad Ahmad }

No comments:

Post a Comment